Wednesday, September 5, 2012

kalau dah...

kalau dah macam tuh nak buat macam mana kan..

or

kalau dah macam nih takkan nak biar jer..

Tuesday, August 7, 2012

jadi... diam sajalah

diam untuk seketika, biarkan otak yg takeover.

Wednesday, July 25, 2012

kereta

2 hari berturut-turut gua pergi kerja naik motor. gua takde motor sebenarnya tp tuh je lah langkah terbaik sebab kereta gua rosak. oil seal sudah tertendang keluar. mcm sial. kereta gua tersadai kat workshop 2 hari. sebab kena turun engine. kereta kecik. ruang engine sempit.

lalu gua pun pinjam la motor demak milik workshop tuh. gua pernah lah naik motor sebelum tuh tapi tuh 10 tahun dulu la. gua skang bekerja 8-5. so gua akan menempuh peak hour org pergi kerja dan balik kerja. mengucap je time aku naik motor time lalu celah2. nengok belakang byk gila motor yg beratur. motor gua naik tuh boleh pergi 60km/j. apa hal? harap je motor bengkel.

so semalam kereta gua officially dah on the road balik. harap dia jgn nak rosak2 lagi. doa yang baik2 pulak untuk kereta aku ye.

Monday, July 23, 2012

update kesihatan

sabtu lepas gua pergi beli blood pressure monitor untuk memudahkan gua monitor blood pressure gua. penat weh nak turun naik tunggu kat klinik. bab tunggu tuh lah yg boleh naik tekanan. kalau service mcm pundek mmg gua panas lah. ingat org sakit nih hilang perasaan kejap ke?

sejak ada benda berjenama omron nih gua rasa praktikal sket la dari segi nak check. 4-6 jam sekali gua check. so far penurunan demi penurunan berjaya gua buat. mak gua cakap blood pressure nih naik senang, nak turun kemain susah. mak gua kasi petua minum air asam keping. amik la 2.3 keping letak dlm air sebotol. air dia masam sket lah tp takde hal lah. so gua turut perintah sajalah.. tak rugi pun mencuba. setakat asam keping sebungkus rm1.. apa lah sgt. gua berharap taktik nih berjaya.

setiap pagi aku kena makan ubat yg doc kasi. sekali sehari. lepas breakfast je gua makan. tp bulan puasa nih gua makan lepas sahur. gua harap gua dapat menurunkan tekanan darah tinggi dengan kadar segera. kalau boleh sebelum 3/8/2012. sebab gua dah booking nak makan celeb birthday ckin. takkan gua nak nengok makanan n makanan nengok gua kan? hahaha

doakan gua yang baik-baik ye. nak doa yg buruk pun boleh sbb bukan kerja gua nak makbulkan doa korang. tepuk dada tanya selera.


Friday, July 20, 2012

selepas 3 hari

selepas 3 hari gua bercuti halal hari nih gua masuk kerja balik.. esok cuti balik.. hahaha patut doktor kasi gua cuti 4 hari. barulah entry nih tak wujud. gua pun tak tau lah nak ckp macam mana perasaan/benda hypertension nih. yang gua tau skang nih gua jaga pemakanan gua.. kalau makan nasik, gua makan ngan sayur jer.. paling jahat kelmarin je gua makan ayam pop kampung baru. sekarang gua nak elakkan makan daging merah.
semalam gua pergi klinik kesihatan nak monitor high blood pressure tp gua rasa gua bertambah pressure dgn environment kat situ. bacaan 180/110. gua rasa gua stress duduk situ. dan gua ambil keputusan untuk blah dari situ.

gua yakin gua kena happy and tekanan darah gua ok. disamping menjaga pemakanan dan mengurangkan menghisap rokok. ok noted!

Thursday, July 19, 2012

hypertention

gua pergi hospital baru nih. nak check mata. sekali dia check overall. check darah semua. amik blood pressure aku 224/147 n terus admit masuk emergency and trauma unit. 5 jam aku tersadai dlm tuh. tangan kiri kena cucuk amik darah. tangan kanan pakai device yg check nadi.

seharusnya aku kena masuk wad tp aku deny aku tanak. sbb aku takut aku jadi lebih stress. darah aku ok.. kencing manis takde. maybe aku stress sbb kerja kot, mana tahu. dan aku dianugerahkan cuti sakit super halal selama 3 hari. semoga aku kembali normal

ckin

mulanya gua tak pernah terfikir yg gua akan mengharungi masa depan dgn lu.
first time jumpa gua buat biasa je yelah time tuh man utd menang lawan liverpool. pride betul gua malam tuh. so malam tuh jugak la gua first time jumpa and lepak ngan lu. sebelum nih gua tau lu main band spritz!! je.

nak jadikan cite gua boleh suka dekat lu. lepas 2,3 kali jumpa. selepas gua single
tak jadi kahwin pada tahun 2010 lu lah yg gua rasa gua nak cuba nasib. maka perancangan gua dilaksanakan dan berjaya. walaupun beberapa kali jugaklah gua tau lu takde hat ngan gua tapi gua sabar je. gua bukan nak beli sayur beb. ini soal hati dan perasaan mesti amik masa lama punya.

dan hehari gua ngan lu kuar sama2. dinner sama2 mcm pasangan walaupun tak ada apa apa hubungan. gua suka lepak ngan lu sebab gua rasa lu sekepala dgn gua. even gua terpaksa stalk lu yelah gua nak tau gak ke lu ada sesaper masa tuh and sape yg tgh ngorat lu pulak. gua pun pikir gak ok. ye gua tau lu suka siapa and siapa suka lu. cukuplah benda tuh dah lepas gua tanak cite.

gua cuma nak kasitau dekat lu, cukup2 lah dengan peristiwa yg lepas. nak taknak lu kena hadapi jugak kehidupan pada masa mendatang. lu jgn sesedih lagi sbb gua bebetul sayang dekat lu. nak bersumpah? buang masa je. nak sumpah2 ni gua tak perlu pun takpe.

gua harap jgn pasal gua dah dgn lu ada yg tarik muka, nak buat perangai budak kecik. gua nampak je sape yg nak buat mcm tuh. gua rasa gua takde hal ngan lu org tapi asal lu org tak boleh nak nengok gua happy? gua tak rasa pun yang gua merampas hak milik org.
.