Thursday, June 13, 2013

masalah

masalah hidup.
mmg semua orang ada banyak masalah.
satu masalah berjaya diselesaikan, datang lagi satu masalah.
benar.

otak diciptakan untuk berfikir.
untuk berfikir berbagai-bagai benda.
penyelesaian masalah, berimaginasi dan sebagainya.

guna otak selesaikan masalah.
bukan guna buku lali

Friday, April 26, 2013

ini untuk awak.

I can go days without talking to you, months without seeing you, but not a second goes by that I don’t think about you.

Thursday, January 10, 2013

2012 - 2013

lama tak menulis.
ok. 2012 dah berlalu 10 hari lepas.
tahun yg awesome bagi aku.
dapat kerja yg aku rs OK-lah..
sejak dah berpacaran aku admit aku sgt bahagia skang ni.
ok full stop.

finally tour michael crafter / sweet teeth berjaya dilakukan.
walaupun aku hanya ikut sampai Singapore tp aku
bebetul have fun kat sana. dapat nengok sweet teeth
yeah!  power band nih.
Ingatkan aku dpt follow derang sampai ke sabah/sarawak
tp apakan daya kerjaya menghalang.


kemudian diikuti dgn tour SeteStarSept. Kiyasu and Kae
mmg power. Grind mmg takkan penah bosan bagi aku.

tuh je cite untuk 2012.

untuk 2013.
aku dah berumur 29 tahun.
fuck yeah! tp aku tak rasa pun mcm 29.
semoga aku dpt kesihatan yg cemerlang,dilimpahi rezeki
dan perkara2 baik.
hujung tahun ada plan yg agak besar  tp harap2 menjadilah!

owh ya bulan 4 aku nak pergi jakarta. nengok obscene extreme.
nak pergi czech tak mampu lagi. tp one day aku akan sampai jugak!


harap ini permulaan yg baik untuk tahun ini.

Tuesday, October 16, 2012

hate this feeling

aku rasa aku ade sedikit negatif tentang itu je.
kalau terbaca bebenda lama rasa mcm sakit hati je.
dah cuba pun nak abai tp kalau terbaca mcm benda tuh
masih wujud. masih bermain-main kat dalam pikiran.
sampai bila? tak tau lah!

Tuesday, September 18, 2012

entry bersyukur

aku sgt bersyukur apa yg aku ada sekarang dan kalau boleh aku tak nak kehilangan apa yang aku sekarang.

persetankan aja kawan

aku rasa kat malaysia nih ade satu penyakit. pantang larang yg aku rasa tidak adil.
salah ke kalau kita jatuh cinta dengan ex-bf/gf member dan member baik bf/gf selepas kita takde lagi hubungan dgn bf/gf tuh?

ok. pendapat aku rasa itu semua bullshit. nak mengamuk tak tentu hala? nak meroyan? pergi mampus.
buat lagi ko nak terasa kalo ko dah tak lagi dgn dia dan ko dah ngan pasangan baru ko. aku nak ckp dari segi lifestyle seorang yg lebih ke arah punk/hc. takut cerita2 lama ko akan dibocorkan? yelah kan kat dlm scene bukan main punk ckp pasal equality,respect tp ko gagal dalam relationship. kesian.

jadi aku rasa kalau tercouple and terminat dgn ex member or bestfriend ex.. teruskan ajalah. kalau ko dah selesa kenapa perlu tolak lagi sbb ex ko bukan boleh buat apa apa pun.




Saturday, September 15, 2012

post untuk raya and after raya

dah lama tak menulis. malas nak menulis sebab broadband tak bayar. kena potong la apa lagi. so nak menulis pun malas. ok hari tuh dah bayar so internet pun dah ada balik, atas permintaan org ramai yelah aku menulis balik

raya hari tuh aku balik ke taiping selama seminggu. tak ada apa yang menarik kecuali tasik taiping yg tetiba kering kontang. sebahagian je lah. aktiviti yang lain semua sama seperti tahun-tahun yg lepas. bila lah hari raya aku nak ada kelainan. maybe tahun depan lah kot. #eh.. kalau ada rezeki insyaAllah tahun depan lah kot. kalau takde rezeki tahun berikutnya lah. seperti yg dirancang tp kalau boleh mmg nak cepatkan.

mcm biasa aku kena balik awal sebab ada appointment ngan klinik kesihatan. ingatkan mcm details punye checkup sekali amik darah je. and then sebulan kemudian kena dtg balik iaitu selasa nih. lagi 3 hari. half day lagi oh yeah!

lepas kena amik darah tuh mcm biasa lah pergi jumpe ckin. culik dia bawak gi makan kat great eastern mall.
jadi org jepun. hahaha. boleh lah makan kat daidomon tuh. takde ape yg menarik. makan pun tertib je sebab first time makan situ. org lain kemain kelam kabut lagi makan. order sampai tak cukup tangan. tp lantaklah maybe derang lapar tak ingat kot.

kemudian ke hospital putrajaya melawat bini kawan ckin yg sakit. sakit apa eh ari tuh. lupa dah nama. tp kuman sudah masuk dalam darah dia and sudah efek dia punya otak. jadi pelupa. selalu kita nengok dalam filem and drama je kan. hah kali nih depan mata. mmg dia tak kenal ckin. kena la kasi dia ingat sampai dia ingat. finally dia ingat jugak. lama gak dia nak recall. suami dia cite ari tuh adik dia sendiri pun tak kenal. menangis2 adik dia sbb kakak dia tak kenal. tak tau lah kalau aku kat tmpt adik dia. mau terkedu lidah tak tau nak ckp apa.

orang malaysia puasa sebulan n then raya pun sebulan maka setiap minggu penuh lah jemputan open house.
makan.. makan... dan makan. ya makan! aktiviti yg dijalankan setiap minggu. mostly open house tuh aku pergi dengan ckin. banyak jugak rumah yg kiterang attack.hopefully hari nih hari last pergi open house untuk tahun nih. hahaha. dah tak larat nak makan dah nih!

skang nih kerja di office sgt banyak. aku dah makin busy tak ingat. sejak tak merokok secara serious nih aku kurang lepak di dalam toilet office. dulu setiap 2 jam boleh lah rehatkan mata dr nengok skrin komputer. haih. tp skang nih kekadang dr pagi sampai nak lunch time aku straight nengok skrin. haih. kena ubat balik time kena rest dari skrin nih.

ok sampai sini saja dulu. have a nice weekends =)