Monday, July 23, 2012

update kesihatan

sabtu lepas gua pergi beli blood pressure monitor untuk memudahkan gua monitor blood pressure gua. penat weh nak turun naik tunggu kat klinik. bab tunggu tuh lah yg boleh naik tekanan. kalau service mcm pundek mmg gua panas lah. ingat org sakit nih hilang perasaan kejap ke?

sejak ada benda berjenama omron nih gua rasa praktikal sket la dari segi nak check. 4-6 jam sekali gua check. so far penurunan demi penurunan berjaya gua buat. mak gua cakap blood pressure nih naik senang, nak turun kemain susah. mak gua kasi petua minum air asam keping. amik la 2.3 keping letak dlm air sebotol. air dia masam sket lah tp takde hal lah. so gua turut perintah sajalah.. tak rugi pun mencuba. setakat asam keping sebungkus rm1.. apa lah sgt. gua berharap taktik nih berjaya.

setiap pagi aku kena makan ubat yg doc kasi. sekali sehari. lepas breakfast je gua makan. tp bulan puasa nih gua makan lepas sahur. gua harap gua dapat menurunkan tekanan darah tinggi dengan kadar segera. kalau boleh sebelum 3/8/2012. sebab gua dah booking nak makan celeb birthday ckin. takkan gua nak nengok makanan n makanan nengok gua kan? hahaha

doakan gua yang baik-baik ye. nak doa yg buruk pun boleh sbb bukan kerja gua nak makbulkan doa korang. tepuk dada tanya selera.