Saturday, September 15, 2012

post untuk raya and after raya

dah lama tak menulis. malas nak menulis sebab broadband tak bayar. kena potong la apa lagi. so nak menulis pun malas. ok hari tuh dah bayar so internet pun dah ada balik, atas permintaan org ramai yelah aku menulis balik

raya hari tuh aku balik ke taiping selama seminggu. tak ada apa yang menarik kecuali tasik taiping yg tetiba kering kontang. sebahagian je lah. aktiviti yang lain semua sama seperti tahun-tahun yg lepas. bila lah hari raya aku nak ada kelainan. maybe tahun depan lah kot. #eh.. kalau ada rezeki insyaAllah tahun depan lah kot. kalau takde rezeki tahun berikutnya lah. seperti yg dirancang tp kalau boleh mmg nak cepatkan.

mcm biasa aku kena balik awal sebab ada appointment ngan klinik kesihatan. ingatkan mcm details punye checkup sekali amik darah je. and then sebulan kemudian kena dtg balik iaitu selasa nih. lagi 3 hari. half day lagi oh yeah!

lepas kena amik darah tuh mcm biasa lah pergi jumpe ckin. culik dia bawak gi makan kat great eastern mall.
jadi org jepun. hahaha. boleh lah makan kat daidomon tuh. takde ape yg menarik. makan pun tertib je sebab first time makan situ. org lain kemain kelam kabut lagi makan. order sampai tak cukup tangan. tp lantaklah maybe derang lapar tak ingat kot.

kemudian ke hospital putrajaya melawat bini kawan ckin yg sakit. sakit apa eh ari tuh. lupa dah nama. tp kuman sudah masuk dalam darah dia and sudah efek dia punya otak. jadi pelupa. selalu kita nengok dalam filem and drama je kan. hah kali nih depan mata. mmg dia tak kenal ckin. kena la kasi dia ingat sampai dia ingat. finally dia ingat jugak. lama gak dia nak recall. suami dia cite ari tuh adik dia sendiri pun tak kenal. menangis2 adik dia sbb kakak dia tak kenal. tak tau lah kalau aku kat tmpt adik dia. mau terkedu lidah tak tau nak ckp apa.

orang malaysia puasa sebulan n then raya pun sebulan maka setiap minggu penuh lah jemputan open house.
makan.. makan... dan makan. ya makan! aktiviti yg dijalankan setiap minggu. mostly open house tuh aku pergi dengan ckin. banyak jugak rumah yg kiterang attack.hopefully hari nih hari last pergi open house untuk tahun nih. hahaha. dah tak larat nak makan dah nih!

skang nih kerja di office sgt banyak. aku dah makin busy tak ingat. sejak tak merokok secara serious nih aku kurang lepak di dalam toilet office. dulu setiap 2 jam boleh lah rehatkan mata dr nengok skrin komputer. haih. tp skang nih kekadang dr pagi sampai nak lunch time aku straight nengok skrin. haih. kena ubat balik time kena rest dari skrin nih.

ok sampai sini saja dulu. have a nice weekends =)